Lupakan seketika mengenai mitos perniagaan internet. Sila buka
minda anda dan pinjamkan masa anda kepada saya.
Ketahui beberapa sebab utama ramai orang memilih
memulakan perniagaan internet:
minda anda dan pinjamkan masa anda kepada saya.
Ketahui beberapa sebab utama ramai orang memilih
memulakan perniagaan internet:
• Modal yang rendah. Berlainan dari perniagaan di dunia realiti,
sebuah perniagaan online tidak memerlukan belanja yang
besar. Oleh demikian, ramai yang memilih kaedah ini untuk
berniaga. Anda hanya perlukan idea, produk, akses internet
dan sedikit wang.
• Pilih Masa Sendiri. Siapa yang kata anda perlu berkerja dari jam
9 hingga 5 setiap hari? Mereka yang TIDAK berniaga secara
online! Dengan perniagaan internet, anda tidak perlu bangun
awal bersiap untuk ke tempat kerja, terperangkap dalam
kesesakan lalu-lintas dan sebagainya. Tetapi dengan
perniagaan internet tidak begitu. Anda boleh mula bekerja
walaupun pada jam 12 tengahari. Anda kan BOSS! Ada orang
yang hanya mencuba perniagaan ini di masa lapang dan kini
melakukannya sebagai pekerjaan tetap hingga sekarang.
• Keselesaan. Anda akan melakukan kerja pada keselesaan
rumah sendiri. Di mana anda letak komputer anda di situlah
pejabat anda. Bayangkan anda dapat jimatkan beberapa jam
setiap hari dari perjalanan pergi balik ke tempat kerja anda. Jika
setiap hari anda dapat jimat 2 jam, bermakna anda akan jimat
730 jam setahun! Alangkah bagusnya 730 jam yang terbuang itu
apat diisi dengan melakukan kerja yang lebih produktif.
• Pasaran. Dengan hanya duduk di depan monitor komputer
anda, seluruh dunia hanya berada dalam jarak 3 kaki dari anda.
Dengan kemudahan internet, seluruh dunia adalah pasaran
anda. Adakah komputer terlalu mahal? Tidak, berbanding
sebelum ini harga komputer jauh lebih rendah. Anda tidak
memerlukan sebuah komputer yang superb untuk memulakan
perniagaan internet. Cukup dengan komputer yang sederhana
dengan kemudahan akses internet. Jika anda tidak mampu
juga, berkunjunglah ke kafe siber berdekatan.
• Automatik. Mungkin anda fikirkan banyak masa diperlukan untuk
perniagaan ini. Seperti yang saya katakan tadi, anda ialah boss!
Anda hanya perlukan sedikit masa setiap hari dengan minimum
satu atau dua jam sahaja. Malahan sesetengah model
perniagaan internet (seperti yang saya usahakan) adalah
automatik sepenuhnya! Bayangkan wang mengalir masuk ke
dalam akaun anda semasa anda sedang tidur…
• Masa terluang. Berniaga di internet memberikan anda
keistimewaan dengan mempunyai lebihan masa untuk bersama
keluarga dan sahabat taulan. Ini adalah impian setiap
usahawan di mana masa adalah amat terhad. Masa terluang
juga dapat dimanfaatkan untuk promosi, membaca email dan
menambahbaik perniagaan anda.
• Anda Boleh Miliki Lebih Dari Satu! Memandangkan kos
memulakan yang rendah, masa yang banyak terluang dan
perniagaan boleh berjalan secara automatik, anda boleh
menjalankan lebih dari satu perniagaan pada satu masa jika
berkemampuan. Hanya anda yang melakukannya. Segala
keuntungan milik anda. Anda tidak perlu menggaji pekerja
kerana komputer dan internet adalah pekerja anda. Ia bekerja
24 jam setiap hari. Ia juga tidak akan cuti sakit atau memberi
sebarang alasan!
Read more!










