Post yang di ambil daripada blog yang sering saya lawati
Klik Disini
***Sebelum diteruskan, ingin penulis nyatakan bahawa kupasan/review ini tidak ditaja atau di`sponsored oleh Mudah.com.my. Catatan ini adalah berdasarkan pendapat yang dinilai melalui pengalaman dan pengetahuan penulis sendiri.
Ini adalah catatan ke-2 dalam projek Cabaran Blogging Penghujung Tahun 2008. Kali ini aku akan mengupas sedikit rahsia mengenai bagaimana Mudah.com.my boleh menjana keuntungan secara online. Diharapkan kupasan yang akan dihuraikan ini akan dapat memberi sedikit info dan idea untuk pembaca dan pengunjung blog ini dalam menjana pendapatan secara online.
Boleh dikatakan, semua orang tahu laman web Mudah.com.my benar?
Mudah.com.my asalnya adalah satu laman web yang berkonsepkan pengiklanan. Jika dilihat betul-betul, sebelum Mudah.com.my dilancarkan, terdapat banyak syarikat dan laman web di Malaysia ini yang telah menjalankan perkhidmatan pengiklanan secara online sama seperti mereka sebelum ini. Cuma mungkin aku sahaja yang tidak nampak jelas arah dan tujuan perniagaan mereka.
Jadi apakah strategi yang Mudah.com.my gunakan?
Pada pendapat aku, cara yang digunakan oleh pemilik Mudah.com.my saling tak tumpah seperti apa yang pernah dilakukan oleh Larry Page dan Sergey Brin. Mula-mula memberi, lepas itu menerima. Lebih kurang macam gitulah. Konsepnya sama.
Dahulunya, aku pernah ditanya oleh salah seorang kawan aku:
“Aku tak fahamlah macam mana Mudah.com.my buat duit dari laman web diaorang. Ada ker dia senang-senang kasi orang yang tidak dikenali untuk buat business kat site diaorang sendiri? Diskspace, bandwith dan semuanya diaorang yang tanggung. Profit orang lain yang dapat. Lainlah kalau dia dapat komisyen dari setiap DEAL kan?”
Aku pun menjawab dengan alasan yang dia senang faham:
“Alaaaa.. mula-mula memanglah FREE, tapi manalah tau nanti bila dah establish, dia akan caj per advertisement…”.
Itulah jawapan yang selalu aku berikan pada orang yang tidak nampak permainan sebenar dunia pengiklanan internet. Jika engkau adalah orang yang sudah terbiasa mengenai dunia pengiklanan internet, adalah mudah bagi engkau untuk merealisasikannya.
Tapi jawapan sebenar bukanlah seperti apa yang aku katakan di atas. Aku percaya Mudah.com.my tidak akan meletakkan sebarang caj untuk perkhidmatan pengiklanan yang telah diberikannya sampai bila-bila pun. Ini adalah kerana perkhidmatan FREE dan PERCUMA sebegini sebenarnya mempunyai banyak kelebihan. Macam-macam yang yang boleh dilakukan untuk menjana keuntungan dari laman web sebegini seperti program PPC dan juga CPM.
Jika kena pada caranya, memang Mudah.com.my akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Bunyi macam mudah tapi untuk mencapai tahap sebegitu, ianya tidaklah semudah yang di sangka.
Dulu hampir semua rakan Larry Page kata dia gila. Asyik memberi secara percuma sahaja terutamanya tools-tools yang sememangnya diperlukan oleh pengguna internet. Dia sanggup tinggal dalam kontena bersama-sama idelogi dan hasil pemikirannya semata-mata untuk diberikan secara PERCUMA kepada orang lain.
Tapi lihatlah sekarang, tiada mereka, tiadalah Google. Google sudah menjadi terlalu sinonim dengan dunia internet. Malah tidak layak untuk aku berbicara tentang Google kerana Google terlalu besar untuk diceritakan dalam catatan ini. Ada juga yang mengibaratkan Google sebagai “religion”!
Iya.
Mereka berdua suka memberi. Memberi… memberi…dan memberi. Itu maknanya FREE ataupun PERCUMA. Tiba pada satu tahap, pengguna internet tidak boleh lari dari pemberian PERCUMA mereka melalui Google. Ramai yang seolah-olah tidak boleh dipisahkan dengan Google termasuklah aku. Google meletup, meletup dan terus meletup. Begitu juga dengan Mudah.com.my. Semua peniaga dan pembeli semakin serasi dan sebati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Mudah.com.my. Konsep beriklan secara percuma semakin digemari terutamanya bagi mereka yang arif mengenai costing pengiklanan.
Benar. Semua orang suka pada terminologi FREE ataupun PERCUMA.
Hampir semua manusia di bumi ini tidak ada yang tidak suka pada mende FREE. Inilah yang telah berlaku pada Mudah.com.my. Mereka semakin dikenali dek kerana memberikan peluang untuk berniaga secara PERCUMA melalui perkhidmatan yang disediakan di laman web Mudah.com.my. Hakikatnya, Mudah.com.my telahpun ada satu “marketplace” yang besar dan mantap.
Kalau engkau tidak percaya, cubalah engkau bukak laman web Mudah.com.my dan aku pasti engkau akan melihat setiap hari, ada sahaja pengguna baru yang mengiklankan produk/perkhidmatan mereka di situ. Begitu juga dengan pengguna lama yang sentiasa dahagakan “pendedahan” berulang setelah jualan sebelumnya berjaya dibuat dengan jaya.











0 comments:
Catat Ulasan
Tinggalkan komen anda disini.