KHIDMAT ASAS UNTUK BERNIAGA DI INTERNET : Bolehkah kita dapatkan laman web secara percuma, dan bagaimana caranya memasarkan laman web secara percuma?
Anda sememangnya boleh mendapatkan laman web secara percuma. Kadangkala anda dihadiahkan laman web percuma apabila melanggani khidmat-khidmat yang berkaitan dengan Internet seperti sambungan Internet.Anda juga boleh menggunakan khidmat ‘blogging’ sebagai laman web anda. Dari segi memasarkan laman web pula, anda boleh menyertai forum yang berkaitan dengan perniagaan anda dan sumbangkan maklumat yang bernas.Dengan cara ini, anda boleh mendapat kepercayaan dan keyakinan ahli-ahli forum itu sehingga mereka melungsuri laman web anda untuk mendapatkan khidmat anda. Kebanyakan forum di Internet boleh disertai dengan percuma. Anda hanya perlu bijak menjaga hati pengguna lain supaya anda tidak dibuang atau dilarang masuk ke forum tersebut.
Terdapat banyak laman web yang menawarkan khidmat mendaftar alamat laman web (domain name) anda. Yang paling terkenal ialah GoDaddy (www.godaddy.com), yang menawarkan domain name dengan harga AS$9.99. Bagaimanapun, saya sarankan anda daftar domain name anda melalui name.com. Dua sebab saya sarankan name.com ialah harga yang lebih murah - AS$5.99 ($7.95) - dan kemudahan untuk mendapatkan khidmat Google Apps.
Tips Bisness Internet
Ahad, Disember 14, 2008 at 6:27:00 PTG Tags { duit, internet }
Bagi setiap pendaftaran di name.com, anda boleh memilih untuk mendapatkan khidmat Google Apps.
Syarikat jentera pencari yang paling berjaya, Google, menawarkan khidmat Google Apps secara percuma. Google adalah salah satu perniagaan Internet yang amat berpengaruh dan pastinya khidmat mereka telah digunakan oleh ramai peniaga Internet. Jadi, apa yang membuat Google Apps begitu berkuasa? Antara kelebihan Google Apps ialah anda kini boleh menggunakan khidmat Gmail untuk mendapatkan alamat emel yang profesional. Gmail adalah khidmat e-mel percuma yang ditawarkan Google sejak tahun 2004. Gmail boleh menampung lebih daripada 6.7 gigabyte kandungan e-mel bagi setiap alamat e-mel. Dan dengan Google Apps, anda boleh mendapatkan sehingga 2000 alamat e-mel yang menggunakan alamat laman web anda dengan percuma. Saya pasti, tiada khidmat e-mel yang boleh menandingi tawaran ini!
Google Apps juga memberi anda khidmat Google Pages, dengan anda boleh mereka laman web perniagaan anda.
Anda diberi sehingga 100 megabyte ruang untuk memuat naikkan fail-fail seperti gambar barang jualan anda. Google Pages amat mudah untuk dikemaskinikan tanpa had.Anda juga boleh memilih dan menyesuaikan laman web anda dengan pelbagai reka bentuk dan warna yang disediakan melalui ‘template’. Ianya begitu mudah untuk dilakukan, anda tidak perlu sebarang ilmu ‘programming’! Selain khidmat Gmail dan Google Pages yang disertakan dalam Google Apps, anda juga mendapat Google Calendar, Google Documents, Google Site dan Google Start secara percuma!
Sedarkah anda bahawa anda hanya perlu membayar AS$5.99 setahun untuk alamat laman web yang menjadi milik anda. Di samping itu, khidmat-khidmat asas perniagaan Internet anda telah didapati tanpa mengeluarkan sebarang kos tambahan. Jika anda lebih senang menyaksikan cara-cara menggunakan name.com dan Google Apps melalui video, sila lungsuri www.tipbisnesinternet.com.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)











0 comments:
Catat Ulasan
Tinggalkan komen anda disini.