Wang Cepat Atau Bisnes Internet Jangka Masa Panjang?
oleh Zamri Nanyan
Seorang rakan internet saya bertanya, “you still aktif dengan internet MLM?”
“Ya”.
“Program mana?”
“Kiosk Webhosting“.
“Wah! Lamanya dengan Kiosk”.
“Mestilah… aku susah sikit nak lompat ke program-program lain”.
Dalam hati, saya berkata, “duh! kenapa nak berhenti kalau tiap-tiap bulan dapat komisyen… sama ada saya usahakannya ataupun tidak”.
Kemudian saya bertanya kembali kepada beliau, “kenapa tiba-tiba berminat dengan Internet MLM?”
Beliau menjawab, “nak dapatkan pendapatan berulang setiap bulan… dah penat dengan affiliate marketing”.
“Oh! OK”.
Saya pun terus berkomunikasi dengan beliau seperti biasa.
Sebenarnya, salah satu kekecewaan usahawan internet yang saya temui adalah berkaitan dengan pendapatan tetap yang diperolehi daripada usaha mereka. Bulan ini dapat RM1,000. Bulan depan tak tentu lagi dapat RM100 dan begitulah seterusnya.
Memang benar bahawa terdapat perbezaan di antara menjana pendapatan di internet dengan membina perniagaan di internet.
Untuk menjana pendapatan di internet dengan pantas, mungkin tidak sesusah untuk membina perniagaan di internet untuk jangka masa panjang - walaupun secara komparatif, perniagaan internet lebih mudah daripada perniagaan konvensional.
Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mendapatkan wang (menjana pendapatan) dengan mengiklankan produk affiliate, anda boleh membeli iklan di surat berita (newsletter) usahawan internet lain. Selepas iklan anda disebarkan ke pelanggan newsletter tersebut, anda mungkin akan mendapat beberapa jualan dan hasrat anda untuk menjana pendapatan melalui internet sudahpun tercapai.
Namun, jika anda berhenti mengiklankan produk pilihan anda, pendapatan anda pun terhenti begitu sahaja. Sama seperti anda bekerja dengan orang lain atau bekerja sendiri.
Ini kerana anda tidak mempunyai sistem dan perancangan seperti yang dilakukan di dalam membina sesebuah perniagaan.
Membina perniagaan internet memerlukan anda melihat beberapa langkah ke hadapan sebelum melakukan sesuatu.
Sebagai contoh, jika anda fokus kepada pengiklanan di dalam newsletter usahawan internet yang lain, anda perlu memikirkan bagaimana caranya untuk memaksimakan hasil daripada pembelian iklan yang anda keluarkan.
Mungkin anda akan mendapat beberapa jualan daripada pengiklanan yang dimaksudkan tetapi ini tidak semestinya menjadi satu-satunya peluang untuk anda menghasilkan pendapatan.
Tiga soalan ringkas yang anda boleh tanya untuk memberikan idea bagaimana anda boleh mengagak beberapa langkah ke hadapan adalah seperti berikut:
1. Bagaimana anda boleh menjadikan pembeli ini mengeluarkan wang untuk menjana pendapatan anda secara berterusan setiap bulan? (mungkin anda boleh tawarkan program yang membayar komisyen bulanan)
2. Bagaimana pula langkah yang perlu anda ambil untuk menarik minat mereka yang tidak membeli produk yang anda tawarkan sekarang untuk membeli pada masa akan datang? (mungkin anda boleh masukkan nama dan email mereka ke dalam sistem autoresponder anda)
3. Dan seterusnya bagaimana anda boleh automasikan proses anda menjana pendapatan yang stabil walaupun anda tidak perlu melakukan apa-apa pada masa akan datang? (mungkin anda boleh cipta produk informasi untuk mempromosikan program yang menawarkan komisyen bulanan dan membina jaringan affiliate yang sentiasa menjual produk anda)
Soalan terakhir adalah soalan yang terpenting kerana inilah yang akan membezakan anda daripada “menjana pendapatan di internet” dengan “membina perniagaan di internet”.
Anda boleh lihat di sini bahawa memikirkan beberapa langkah ke hadapan adalah kritikal bagi memastikan bisnes internet anda dibina dengan kukuh. Ianya akan mengambil sedikit masa untuk anda memasang semua sistem jualan dan ianya juga mungkin akan mengambil masa untuk anda melihat hasil yang memberansangkan.
Kadang-kadang sistem untuk anda membina perniagaan internet anda telahpun dibina oleh orang lain - dan tersedia untuk digunakan oleh anda. Ini adalah berita baik untuk anda kerana anda tidak perlu memerah otak untuk bermula daripada sifar.
Tekaan anda adalah benar.
Internet MLM adalah salah satu program yang menyediakan sistem untuk anda membina pendapatan yang berulang, berterusan dan bertambah… tanpa anda membina sistem komisyen yang baru.
Walaupun tidak semua sistem yang dibina oleh sesebuah syarikat MLM itu efektif tetapi memang terdapat beberapa sistem Internet MLM yang mudah untuk dituruti dan menguntungkan.
Saya juga sedar bahawa tidak semua orang berminat dengan Internet MLM dan tidak dinafikan bahawa terdapat banyak lagi sistem lain yang mampu memberikan hasil yang sama - iaitu menjana pendapatan berulang walaupun anda sudah berhenti mengusahakan sesuatu program.
Di dalam situasi begini, anda tidak perlu menyertai program Internet MLM yang saya sebutkan dan anda masih lagi mampu membina satu sistem anda sendiri. (contoh - laman web keahlian)
Lihat sendiri sistem yang saya bina di dalam penjualan ebook “Rahsia Perniagaan Digital“. Semuanya telah saya fikirkan daripada bagaimana menghasilkan jualan pertama, mengumpul senarai nama pelanggan sehinggalah kepada penjanaan pendapatan berulang yang saya perolehi daripada Kiosk Webhosting. Sistem sebegini juga boleh dicontohi oleh sesiapa sahaja tidak kira jika anda sasarkan pasaran tempatan atau antarabangsa.
Yang pasti… anda perlu perancangan dan sebuah sistem yang kukuh untuk anda memperolehi pendapatan yang stabil setiap bulan.
Lagipun… tidakkah ini yang anda inginkan apabila memulakan langkah anda di dalam bisnes internet? - sebuah mesin penjanaan wang walaupun ketika anda tidur!
[nota tambahan*** sebab terpenting kenapa ramai yang tidak sukakan MLM adalah kerana mereka takutkan penolakan (seperti takut berjumpa/bercakap dengan orang asing dan malu menjual produk). Jika sebab ini dihapuskan, sudah pasti ramai yang akan berminat. Yang menariknya, sistem MLM di Internet akan menghapuskan segala masalah penolakan ini]
Wang Cepat Atau Bisnes Internet Jangka Masa Panjang?
Isnin, Disember 22, 2008 at 11:38:00 PG Tags { duit, e-book, internet }
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)











0 comments:
Catat Ulasan
Tinggalkan komen anda disini.